click here

Wednesday 12 December 2018

Bagi INSTAGRAM! Hampa Gempak!


Posting kali ni nak share tentang cara tukar theme instagram korang kepada sesuatu yang lain. Contohnya dibawah. Lepasni tak ada la bosan sangat tengok putih je kan..

 GBINSTA

 1. First korang click link ni untuk download apps GBinsta ni (yang latest)




Tak perlu uninstall pun instagram yg lama.. So dalam fon nanti ada 2 jenis instagram lah. Kalau nk uninstall yg lama pun boleh.

Lepastu korang tekan je yang bentuk macam scru tu then tukar dekat situ ikut suka.



                  



Kelebihan GBinsta ni:

 -boleh tukar-tukar theme ikut suka

-boleh direct download gambar dari insta tak perlu pakai apps lain

ok!



WHY DO I STUDY SO HARD?!



MY PARENTS.

For my parents. they've worked their entire life to live the life that i have right now. i will do my best to put a smile on their faces and make them proud of me. the biggest gift from me to them would be education. So i gotta graduate! wish me!💙💙

Monday 10 December 2018

CHANNEL MOVIE ON TELEGRAM

Hai korang!okey bagi pengemar-pengemar or movie lover sekalian, chimai ada beberapa channel dekat telegram yang korang boleh tengok bila korang bosan ataupun alone. Sebelum tu chimai nak habaq beberapa kelebihan bila korang tengok movie dekat telegram ni. ok yang bestnya, korang boleh terus download movie yang korang nak tengok tu masuk dalam laptop korang ataupun dalam phone korang. Chimai ada tele dekat lappy chimai. so senang kan nak tengok movie. Dibawah ni Chimai senaraikan LINK channel yang chimai join untuk tengok movie. GO!


https://t.me/ceritasarikatamalay

https://t.me/MovieMalay

https://t.me/lubokvideo

https://t.me/DramaMelayuSdnBhd

https://t.me/dramakoreajepun

https://t.me/YeonghwaDeulama

https://t.me/MoviesBlurayHd

https://t.me/movielovers2

https://t.me/MovieClub

https://t.me/KakiMovieFree

https://t.me/Cuentas_Netflix_Gratis

https://t.me/buletininfo1malaysia

https://t.me/ALLMOVIEFREE

https://t.me/Fanszz

https://t.me/NONstopMOVIE

https://t.me/moviebay

https://t.me/BluRay

https://t.me/LatestMoviesHub


Cara dia, bila korang klik link ni..korang automatik akan masuk app telegram tu. Lepastu korang 'JOIN' je channel tu. Sebab walaupun korang join lambat or baru je join. Movie lama-lama yang atas-atas tu still ada ye.



untuk memudahkan pencarian movie yang korang nak tengok. Dekat atas ni ada caranya.
Bila korang dah join dia akan keluar seperti yang diatas. Korang tekan saja bintik 3 sebelah kanan yang paling atas tu.





Kemudian dia akan keluar seperti dalam gambar. korang tekan 'SEARCH' lepastu cari lah movie apa yang korang nak. Dan tak semua channel pernah post movie yang korang nak tu. kalau ada, ada. Kalau tak ada search lagi dekat channel yang lain.  

GOOD VIRTUES CO. REVIEW

Hai korang! so untuk blog first-first ni kan chimai nak buat review pasal skincare yang chimai pakai. hmm ramai la juga yang tanya chimai pakai skincare apa dekat instagram tu? memang la chimai ni takdela lawa mana pun (kena sedar diri). Tapi biasala perempuan kan suka bertanya perempuan lain pasal cara penjagaan kulit mereka. Mana tahu menjadi pada kulit sendiri. Betul tak?

ok! chimai ada pakai beberapa produk sebelum ni selain dari produk yang akan chimai review japgi. Boleh dikatakan kebanyakkannya hmm memuaskan tapi so so la. Selepas la chimai jumpa skincare ni dekat watson baru-baru ni~

GOOD VIRTUES CO.

Awal-awal lagi chimai nak cakap yang skincare ni sangat la bagus. (5 star). Bagi chimai la. Bagi korang tak tahu la pulak ye sebab kadang tu sesuatu produk depands pada kulit seseorang la kan. Macam chimai, sebelum chimai guna satu produk tu chimai mesti survey dulu, tanya orang yang pernah pakai, search blog tengok review orang lain dan macam-macam lagi untuk tak nak bagi rugi and membazir kalau tak sesuai untuk kulit kita.

Ok next. Jenis-jenis Skincare dia. GVC ni banyak produk tau bermula dari atas sampai la bawah. Dari rambut korang, hingga ke celah kangkang dan kaki lah. Chimai cuma pakai beberapa saja. yang shampoo rambut, sabun mandi tu tak pakai la sebab chimai pakai produk lain untuk rambut and kulit badan.

1) Brightening Facial Toner (RM12.60)

Sebelum chimai pakai , yang ni yang first chimai try beli and pakai. Lepas mandi chimai akan sembur disekeliling muka and leher. Dia amik masa sikit la nak serap tu dalam dua minit lepastu akan rasa sejuk je. Bagusnya toner ni sebab dia mengecutkan jerawat yang baru nak menpak dekat muka kita.


2) Brightening Facial Scrub (RM12.90)


Scrub ni sangattt lah bagus tau. Bagus kenapa? sebab lepas je Chimai pakai ni sebelum cuci muka dengan cleanser, dia buat kulit muka kita rasa lembab and tak rasa macam ada daki pun dekat muka. chimai pernah tanya dekat  seorang pakar kecantikkan. Dia cakap if scrub tu or cleanser tak berbuih (sangat) maknanya produk tu tak ada bahan kimia and sangat bagus untuk kulit korang. Dan GVC SCRUB lah jawapannya. Pakai seminggu sekali pun boleh , or 3 kali seminggu pun boleh. Ia tak keringkan kulit. InsyaaAllah.

3) Glowing & Goodness (night cream) (RM18.80)

Yang ni pulak adalah krim malam. first try dulu Chimai pakai krim malam je dulu sebelum seminggu macam tu decide nak beli krim siang GVC. krim dia ni agak berkrim sikit dia tak la lembut tekstur dia selembut krim siang tau. so better apply lepas solat insya, korang sembur toner sikit dan pakai ni. Esok tu korang akan rasa macam daki dalam kulit terkeluar. hmm nice kan!
(CARA PEMAKAIAN DEPENDS ON INDIVIDU)

4) Glowing & Goodness (Day Cream) (RM18.80)

Yang ni pulak krim siang GVC. cimai tak leh nak cakap panjang yang ni sebab chimai jarang pakai untuk krim siang sebabnya chimai tak cukup masa dan kadang-kadang je pakai. Yang bestnya bila pakai dia rasa sejuk sikit and lembut je dekat kulit.

5) Cleanser (RM12.90 each)

gambar lain sebab semua pencuci muka chimai ada dalam toilet then rasa malas nak pegi toilet ambik and snap haha. ok! Chimai pakai ketiga-tiganya sekali. Dalam ketiga tu mesti ada yang paling best kan. Yang paling chimai suka adalah yang kanan sekali. Dia sangat bagus untuk kulit kering. Chimai memang dry skin yang bila duk tengah panas je comfirm breakout teruk. tapi lepas guna yang kanan tu Alhamdulillah sampai sekarang kulit muka chimai dah tak kering lagiii dan lembap sentiasa. Sukaaaaanyaaa!!!Yang selain dari itu chimai rasa biasa saja. ikut kesesuaian kulit ye.

Kesemua produk ni korang boleh cari dekat watson or mana-mana yang ada. Chimai suka pegi watson je kedai lain tak cari haha sebab watson dekat dengan kolej. haa harga pulak sangat berbaloi untuk pelajar. Lepas je Chimai pakai, roomate chimai pun beli jugak sebab chimai cakap elok untuk kulit dia yang berjerawat and sekarang pun dia konsisten pakai. dia kata jerawat dia dah makin takde. Korang untuk jerawat korang cari je yang untuk jerawat ye. Dan jangan membazir! ok byeeeee....

Saturday 8 December 2018

Ayat Al-Quran yang boleh difalsafahkan

Antara ayat Al-Quran yang boleh kita renungi, fikirkan dan memfalsafahkannya sangat banyak terdapat di dalam Al-Quran.


AYAT YANG MENGGALAKKAN FALSAFAH


1)                                          Al-Nahl ayat 44

             


“Keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.”

2)                                          Ali Imran ayat 65

   


“Hai Ahli Kitab, mengapa kamu bantah membantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berpikir?”

3)                                          Al-Anam ayat 32


“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”

4)                                          Al-Anam ayat 50



“Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkannya?"

5)                                          An-Nisa’ ayat 82



“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.”







Bagi INSTAGRAM! Hampa Gempak!

Posting kali ni nak share tentang cara tukar theme instagram korang kepada sesuatu yang lain. Contohnya dibawah. Lepasni tak ada la bosan s...