click here

Monday 10 December 2018

GOOD VIRTUES CO. REVIEW

Hai korang! so untuk blog first-first ni kan chimai nak buat review pasal skincare yang chimai pakai. hmm ramai la juga yang tanya chimai pakai skincare apa dekat instagram tu? memang la chimai ni takdela lawa mana pun (kena sedar diri). Tapi biasala perempuan kan suka bertanya perempuan lain pasal cara penjagaan kulit mereka. Mana tahu menjadi pada kulit sendiri. Betul tak?

ok! chimai ada pakai beberapa produk sebelum ni selain dari produk yang akan chimai review japgi. Boleh dikatakan kebanyakkannya hmm memuaskan tapi so so la. Selepas la chimai jumpa skincare ni dekat watson baru-baru ni~

GOOD VIRTUES CO.

Awal-awal lagi chimai nak cakap yang skincare ni sangat la bagus. (5 star). Bagi chimai la. Bagi korang tak tahu la pulak ye sebab kadang tu sesuatu produk depands pada kulit seseorang la kan. Macam chimai, sebelum chimai guna satu produk tu chimai mesti survey dulu, tanya orang yang pernah pakai, search blog tengok review orang lain dan macam-macam lagi untuk tak nak bagi rugi and membazir kalau tak sesuai untuk kulit kita.

Ok next. Jenis-jenis Skincare dia. GVC ni banyak produk tau bermula dari atas sampai la bawah. Dari rambut korang, hingga ke celah kangkang dan kaki lah. Chimai cuma pakai beberapa saja. yang shampoo rambut, sabun mandi tu tak pakai la sebab chimai pakai produk lain untuk rambut and kulit badan.

1) Brightening Facial Toner (RM12.60)

Sebelum chimai pakai , yang ni yang first chimai try beli and pakai. Lepas mandi chimai akan sembur disekeliling muka and leher. Dia amik masa sikit la nak serap tu dalam dua minit lepastu akan rasa sejuk je. Bagusnya toner ni sebab dia mengecutkan jerawat yang baru nak menpak dekat muka kita.


2) Brightening Facial Scrub (RM12.90)


Scrub ni sangattt lah bagus tau. Bagus kenapa? sebab lepas je Chimai pakai ni sebelum cuci muka dengan cleanser, dia buat kulit muka kita rasa lembab and tak rasa macam ada daki pun dekat muka. chimai pernah tanya dekat  seorang pakar kecantikkan. Dia cakap if scrub tu or cleanser tak berbuih (sangat) maknanya produk tu tak ada bahan kimia and sangat bagus untuk kulit korang. Dan GVC SCRUB lah jawapannya. Pakai seminggu sekali pun boleh , or 3 kali seminggu pun boleh. Ia tak keringkan kulit. InsyaaAllah.

3) Glowing & Goodness (night cream) (RM18.80)

Yang ni pulak adalah krim malam. first try dulu Chimai pakai krim malam je dulu sebelum seminggu macam tu decide nak beli krim siang GVC. krim dia ni agak berkrim sikit dia tak la lembut tekstur dia selembut krim siang tau. so better apply lepas solat insya, korang sembur toner sikit dan pakai ni. Esok tu korang akan rasa macam daki dalam kulit terkeluar. hmm nice kan!
(CARA PEMAKAIAN DEPENDS ON INDIVIDU)

4) Glowing & Goodness (Day Cream) (RM18.80)

Yang ni pulak krim siang GVC. cimai tak leh nak cakap panjang yang ni sebab chimai jarang pakai untuk krim siang sebabnya chimai tak cukup masa dan kadang-kadang je pakai. Yang bestnya bila pakai dia rasa sejuk sikit and lembut je dekat kulit.

5) Cleanser (RM12.90 each)

gambar lain sebab semua pencuci muka chimai ada dalam toilet then rasa malas nak pegi toilet ambik and snap haha. ok! Chimai pakai ketiga-tiganya sekali. Dalam ketiga tu mesti ada yang paling best kan. Yang paling chimai suka adalah yang kanan sekali. Dia sangat bagus untuk kulit kering. Chimai memang dry skin yang bila duk tengah panas je comfirm breakout teruk. tapi lepas guna yang kanan tu Alhamdulillah sampai sekarang kulit muka chimai dah tak kering lagiii dan lembap sentiasa. Sukaaaaanyaaa!!!Yang selain dari itu chimai rasa biasa saja. ikut kesesuaian kulit ye.

Kesemua produk ni korang boleh cari dekat watson or mana-mana yang ada. Chimai suka pegi watson je kedai lain tak cari haha sebab watson dekat dengan kolej. haa harga pulak sangat berbaloi untuk pelajar. Lepas je Chimai pakai, roomate chimai pun beli jugak sebab chimai cakap elok untuk kulit dia yang berjerawat and sekarang pun dia konsisten pakai. dia kata jerawat dia dah makin takde. Korang untuk jerawat korang cari je yang untuk jerawat ye. Dan jangan membazir! ok byeeeee....

No comments:

Post a Comment

Bagi INSTAGRAM! Hampa Gempak!

Posting kali ni nak share tentang cara tukar theme instagram korang kepada sesuatu yang lain. Contohnya dibawah. Lepasni tak ada la bosan s...