Sebenarnya masa sebelum aku isi online untuk masuk U , minat aku bukan dalam bidang yang aku ambik sekarang tau tapi lebih kepada minat dalam ilmu psikologi. Logiknya aku lebih suka psikologi sebab ia banyak mengkaji ataupun kita banyak belajar berkaitan mental. So aku suka part tu. Sejak zaman aku sekolah menengah aku memang terlampau taksub pasal benda-benda ni. Aku suka baca buku tentang pemikiran lelaki dan perempuan, mental healty, dan sebagainya. Kalau bukak je search google haa benda ni yang baca aku search and baca.
Tapi,
Impian aku nak jadi psychologist tak tercapai sebab ini minat aku tapi bukan minat umi and abah aku. Okey masa aku isi online dulu, aku tak isi upu sebab aku malas nak tunggu result upu, bagi aku belajar mana-mana pun okey. Asalkan aku tak goyang kaki dekat rumah walaupun sebelum aku sambung belajar aku ada keje cikgu dalam dua tahun based on my STAM result.
Then aku isi dua kolej masa tu, tempat first aku daftar course BIS (Bachelor in Islamic studies) dekat tempat aku sekarang sebab tu nampak cam ala ustazah sikit. Yang kedua aku ambik course Bachelor in Psycology. Aku dapat dua-dua. Aku tunjuk result tu dekat family aku, yang sedihnya family aku cakap depa suka kalau aku ambik bidang yang boleh jadi 'cikgu' ( TAKPA AKU PUN MINAT JADI CIKGU SEBAB AKU SUKA BUDAK TAPI BUDAK NAKAL AKU CUBIT LAJU LAJU) aku explain bidang yang satu lagi tapi kurang berkesan kut aku explain sebab umi aku tak setuju pun.
" Belajar kerana Allah, sebab mak ayah "
Aku pun redha jelah sambung bidang tu. Aku mengaku awal tu aku cincai je belajar sebab tak minat sangat. Minat tu ada tapi tak banyak. Orang kata mula mula tak minat, lama-lama jatuh cinta. Sebab aku rasa menuntut ilmu tu seronok so aku asah perasaan cinta tu sampai la sekarang. Aku belajar sebab aku nak ilmu.
So pointnya, restu ibu bapa tu sangat lah penting, ia membawa berkat seumur hidup kau. Kalau pun aku ambik course yang aku minat tapi mak ayah aku tak suka. Bukan ke tu sia sia. Yang nak doa kejayaan kita pun depa jugak. Aku anggap belajar merupakan satu keseronokkan dalam hidup aku. Walaupun orang anggap course aku tak ada lah hebat sangat tapi bukan senang duhh bila kau belajar senang , exam susah kemain. Kalau dulu takpe hafal hafal boleh jawab. Sekarang jawapan dalam buku tak dak. Keluar soalan ijtihad mampuih nak jawab. Aku pakai ijtihad sendiri ja selama aku belajar. Haha pun boleh score sebab aku yakin dengan doa ibu bapa aku.
Dan course ni tak ada lah kacang sangat sebab aku pun ada gak tak leh score. Banyak main HAHA okey dah bye!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSama la minat dgn saya semasa nak masuk USAS (dulu Kisdar, KUISAS). Minat bidang psikologi sbb suka mengkaji sifat manusia kerana manusia ni susah nak faham. Tapi saya apply Pengajian Islam sbb kerana ilmu fardhu Ain lebih wajib. Kita fikir apa yg kita rasa betul dan tepat.