click here

Friday, 1 March 2019

Tips to get A in Examination

Credit to " Prof Emiritus Tansri " because i'm using this tips on my exam!




Pernah tak korang rasa semasa duk jawab exam, korang rasa tak cukup masa then ada yang tak sempat jawab. Lepastu mula kelam kabut sampai lupa apa yang kau hafal, apa yang kau ingat. Rasa memang tak ada harapan langsung nak dapat A. Bila kau buat estimate markah carrymark dengan markah yang kau sempat jawab tu memang tak cukup nak A. cukup-cukup makan ja..

TAPI, masa keputusan exam keluar eh! tiber kau dapat A, macam mana tu?


Moh baca tipsnya,


1) Jaga tulisan


Cuba bayangkan kalau lect kau ada 100++ paper yg nak ditanda. Then bila dia lihat tulisan masing-masing semua cakar ayam. Tambah-tambah yang lelaki. feening dia nk tanda nak cari point nak bagi markah. Tapi kalau tulisan cantik dia mesti rasa tenang je. Kalau calculation show ur step properly ok.


Dia akan muka terfikir, “oh budak ni faham konsep , and bagus cara dia showing the step” . Bila lihat soalan seterusnya, kamu tak sempat jawab. Dia mesti rasa kesihan and tahu awak boleh buat. And give marks for effort. *smile






2) Lepas habis paper


Please redha,pasrah and tawakal kepada Allah. Letak sepenuh penuhnya pergantungan kepada Allah. Nangislah and mengadu kepada Allah. Sebab kita kena yakin kalau Allah nak bagi kita kejayaan ,mamang Dia akan bagi. And always doa “lembutlah hati pemeriksa yang menanda “


3) Solat 5 waktu


Solat lima waktu tu kau kena bet.ul-betul jaga. Selalu amalkan bacaan surah Ar-Rahman, Al-Waqiah , Yassin. Doa selalu supaya kita dapat kejayaan yang cemerlang dunia akhirat, pemeriksa hati tenang menanda kertas kita.


4) Solat Hajat and tahajud


Ianya sgt miracle. Kau buatlah solat hajat ni even tak selalu sebab keberkesanannya nanti kau akan dapat rasa bila result exam kau dah keluar nanti.






Aku dah apply semua tips ni dan Alhamdulillah aku dapat A. hehe Tapi pastikan kau usaha dulu baru boleh cuba tips ni. Kalau buku pun malam exam baru nak buka, lupakan jelah ye...


ok itu je, selamat maju jaya gais~

Law of Attraction

Pernah tak korang dengar pasal “Law of Attraction”? Contohnya: 1. Kau terfikir pasal nk pergi Genting Highland. Tiba2 kau tengok ramai kawan-kawan kau pergi.

3. Kau terfikir nak beli laptop baru yang lebih canggih, tiba-tiba laptop yang kau guna rosak.

2. Kau terfikir pasal bertunang, tiba-tiba kau tengok ramai kawan-kawan kau betunang.

Pernah terfikir tak masa kita budak-budak, kita bermain permainan yang sama? Walaupun kita duduk berlainan negeri, walaupun dulu kita tak ada sosial media, tapi kita berkongsi hobi yg sama?



Itulah yg dimaksudkan “Law Of Attraction” dimana kita ni umpama magnet yang akan menarik apa sahaja yang kita inginkan. Fikiran kita umpama satu gelombang frekuensi yang kita akan share dengan alam sekeliling dan ianya akan memberi respond terhadap apa yang kita fikir.

So, bila mindset kita fikirkan sesuatu benda secara konsisten, sedikit sebanyak keadaan sekeliling akan respond terhadap benda yg kau fikirkan. And tetiba kau rasa mcm Deja Vu sebab kau mcm pernah lalui benda yg kau fikir tu. Faham kan?

So itulah yang terjadi bila kau fikir sesuatu secara konsisten keadaan sekeliling juga akan tertarik dengan apa yang kita fikirkan & akan memberi respond terhadap apa yang kita fikir.

Apa yang bagus dalam Law of Attraction yang kita boleh ambil contoh adalah, kalau kau sentiasa berfikiran postive. Fikirkan benda yg baik-baik, cakap benda yg baik-baik & segala benda akan jadi baik.

Janganlah asyik fikir benda susah, takut, buruk sangka. Sebab semua benda tu akan reflect dalam hidup kau. Cuba kau ambil satu masa, kau maafkan semua orang. Jangan berdendam. Buang sifat benci dalam hidup kau. Percayalah. Kau akan rasa tenang & keadaan sekeliling akan jd baik.

Semua benda ni adalah benda yg selalu kau fikirkan. Takut dengan Hantu. Takut akan kegagalan. Takut akan kemiskinan. Takut akan rasa kesunyian.

Semua benda ni yg kau tanamkan dalam fikiran kau dan akan reflect balik dalam hidup kau.

Nak pulak sekarang ada media sosial dimana semua orang berkongsi kisah hidup dia yg best, kaya, seronok daripada kisah hidup korang. Mesti Kadang2 rasa tertinggal ke belakang kan?

Berhentilah untuk fikirkan benda-benda yg negative. Buang semua sifat takut kau tu & dekatkan diri dengan tuhan. Slow2. Tak perlu rushing. Kau akan tengok perubahan sekeliling kau akan berubah mengikut apa yg kau fikirkan.




Wednesday, 20 February 2019

Independent woman!


She is an independent woman. But at the same time, she wants to be loved. She wants to be treated with care by her beloved ones. She is an independent woman. But at the same time, she wants to be loved. She wants to be treated with care by her beloved ones.

She is juggling between work, studies and social life. Maintaining a relationship and putting effort is one of the hardest things for her. But you know what? She tried her best. But people tend to ignore her efforts and capabilities on everything and she gets tired of trying.

Her other half ignored her the whole day. Focusing on his passion, work and friends. She is missing him so much but she couldn't do anything. She only wanted attention and a little bit of time. She demanded a moral support that she couldn't get from anyone from the time being.

Putting efforts & seeing all your efforts goes to waste is one of the hardest things to see. People around her have taken her for granted. She is worrying how to make more money for herself and her family. Just because she is an independent woman and she can earn her own money.

As an independent woman, she doesn't want to trouble anyone with her problems. When people trying to help her, she insisted on doing by herself. I admire her determination. I admire independent women all over the world. Not everyone can make their own ways in making money. 🌷

Islamic Studies Bukan minat aku!

Sebenarnya masa sebelum aku isi online untuk masuk U , minat aku bukan dalam bidang yang aku ambik sekarang tau tapi lebih kepada minat dalam ilmu psikologi. Logiknya aku lebih suka psikologi sebab ia banyak mengkaji ataupun kita banyak belajar berkaitan mental. So aku suka part tu. Sejak zaman aku sekolah menengah aku memang terlampau taksub pasal benda-benda ni. Aku suka baca buku tentang pemikiran lelaki dan perempuan, mental healty, dan sebagainya. Kalau bukak je search google haa benda ni yang baca aku search and baca.

Tapi,

Impian aku nak jadi psychologist tak tercapai sebab ini minat aku tapi bukan minat umi and abah aku. Okey masa aku isi online dulu, aku tak isi upu sebab aku malas nak tunggu result upu, bagi aku belajar mana-mana pun okey. Asalkan aku tak goyang kaki dekat rumah walaupun sebelum aku sambung belajar aku ada keje cikgu dalam dua tahun based on my STAM result.

Then aku isi dua kolej masa tu, tempat first aku daftar course BIS (Bachelor in Islamic studies) dekat tempat aku sekarang sebab tu nampak cam ala ustazah sikit. Yang kedua aku ambik course Bachelor in Psycology. Aku dapat dua-dua. Aku tunjuk result tu dekat family aku, yang sedihnya family aku cakap depa suka kalau aku ambik bidang yang boleh jadi 'cikgu' ( TAKPA AKU PUN MINAT JADI CIKGU SEBAB AKU SUKA BUDAK TAPI BUDAK NAKAL AKU CUBIT LAJU LAJU) aku explain bidang yang satu lagi tapi kurang berkesan kut aku explain sebab umi aku tak setuju pun.

" Belajar kerana Allah, sebab mak ayah "

Aku pun redha jelah sambung bidang tu. Aku mengaku awal tu aku cincai je belajar sebab tak minat sangat. Minat tu ada tapi tak banyak. Orang kata mula mula tak minat, lama-lama jatuh cinta. Sebab aku rasa menuntut ilmu tu seronok so aku asah perasaan cinta tu sampai la sekarang. Aku belajar sebab aku nak ilmu.

So pointnya, restu ibu bapa tu sangat lah penting, ia membawa berkat seumur hidup kau. Kalau pun aku ambik course yang aku minat tapi mak ayah aku tak suka. Bukan ke tu sia sia. Yang nak doa kejayaan kita pun depa jugak. Aku anggap belajar merupakan satu keseronokkan dalam hidup aku. Walaupun orang anggap course aku tak ada lah hebat sangat tapi bukan senang duhh bila kau belajar senang , exam susah kemain. Kalau dulu takpe hafal hafal boleh jawab. Sekarang jawapan dalam buku tak dak. Keluar soalan ijtihad mampuih nak jawab. Aku pakai ijtihad sendiri ja selama aku belajar. Haha pun boleh score sebab aku yakin dengan doa ibu bapa aku.

Dan course ni tak ada lah kacang sangat sebab  aku pun ada gak tak leh score. Banyak main HAHA okey dah bye!

Wednesday, 12 December 2018

Bagi INSTAGRAM! Hampa Gempak!


Posting kali ni nak share tentang cara tukar theme instagram korang kepada sesuatu yang lain. Contohnya dibawah. Lepasni tak ada la bosan sangat tengok putih je kan..

 GBINSTA

 1. First korang click link ni untuk download apps GBinsta ni (yang latest)




Tak perlu uninstall pun instagram yg lama.. So dalam fon nanti ada 2 jenis instagram lah. Kalau nk uninstall yg lama pun boleh.

Lepastu korang tekan je yang bentuk macam scru tu then tukar dekat situ ikut suka.



                  



Kelebihan GBinsta ni:

 -boleh tukar-tukar theme ikut suka

-boleh direct download gambar dari insta tak perlu pakai apps lain

ok!



WHY DO I STUDY SO HARD?!



MY PARENTS.

For my parents. they've worked their entire life to live the life that i have right now. i will do my best to put a smile on their faces and make them proud of me. the biggest gift from me to them would be education. So i gotta graduate! wish me!💙💙

Monday, 10 December 2018

CHANNEL MOVIE ON TELEGRAM

Hai korang!okey bagi pengemar-pengemar or movie lover sekalian, chimai ada beberapa channel dekat telegram yang korang boleh tengok bila korang bosan ataupun alone. Sebelum tu chimai nak habaq beberapa kelebihan bila korang tengok movie dekat telegram ni. ok yang bestnya, korang boleh terus download movie yang korang nak tengok tu masuk dalam laptop korang ataupun dalam phone korang. Chimai ada tele dekat lappy chimai. so senang kan nak tengok movie. Dibawah ni Chimai senaraikan LINK channel yang chimai join untuk tengok movie. GO!


https://t.me/ceritasarikatamalay

https://t.me/MovieMalay

https://t.me/lubokvideo

https://t.me/DramaMelayuSdnBhd

https://t.me/dramakoreajepun

https://t.me/YeonghwaDeulama

https://t.me/MoviesBlurayHd

https://t.me/movielovers2

https://t.me/MovieClub

https://t.me/KakiMovieFree

https://t.me/Cuentas_Netflix_Gratis

https://t.me/buletininfo1malaysia

https://t.me/ALLMOVIEFREE

https://t.me/Fanszz

https://t.me/NONstopMOVIE

https://t.me/moviebay

https://t.me/BluRay

https://t.me/LatestMoviesHub


Cara dia, bila korang klik link ni..korang automatik akan masuk app telegram tu. Lepastu korang 'JOIN' je channel tu. Sebab walaupun korang join lambat or baru je join. Movie lama-lama yang atas-atas tu still ada ye.



untuk memudahkan pencarian movie yang korang nak tengok. Dekat atas ni ada caranya.
Bila korang dah join dia akan keluar seperti yang diatas. Korang tekan saja bintik 3 sebelah kanan yang paling atas tu.





Kemudian dia akan keluar seperti dalam gambar. korang tekan 'SEARCH' lepastu cari lah movie apa yang korang nak. Dan tak semua channel pernah post movie yang korang nak tu. kalau ada, ada. Kalau tak ada search lagi dekat channel yang lain.  

Bagi INSTAGRAM! Hampa Gempak!

Posting kali ni nak share tentang cara tukar theme instagram korang kepada sesuatu yang lain. Contohnya dibawah. Lepasni tak ada la bosan s...