3. Kau terfikir nak beli laptop baru yang lebih canggih, tiba-tiba laptop yang kau guna rosak.
2. Kau terfikir pasal bertunang, tiba-tiba kau tengok ramai kawan-kawan kau betunang.
Pernah terfikir tak masa kita budak-budak, kita bermain permainan yang sama? Walaupun kita duduk berlainan negeri, walaupun dulu kita tak ada sosial media, tapi kita berkongsi hobi yg sama?
Itulah yg dimaksudkan “Law Of Attraction” dimana kita ni umpama magnet yang akan menarik apa sahaja yang kita inginkan. Fikiran kita umpama satu gelombang frekuensi yang kita akan share dengan alam sekeliling dan ianya akan memberi respond terhadap apa yang kita fikir.
So, bila mindset kita fikirkan sesuatu benda secara konsisten, sedikit sebanyak keadaan sekeliling akan respond terhadap benda yg kau fikirkan.
And tetiba kau rasa mcm Deja Vu sebab kau mcm pernah lalui benda yg kau fikir tu. Faham kan?
So itulah yang terjadi bila kau fikir sesuatu secara konsisten keadaan sekeliling juga akan tertarik dengan apa yang kita fikirkan & akan memberi respond terhadap apa yang kita fikir.
Apa yang bagus dalam Law of Attraction yang kita boleh ambil contoh adalah, kalau kau sentiasa berfikiran postive. Fikirkan benda yg baik-baik, cakap benda yg baik-baik & segala benda akan jadi baik.
Janganlah asyik fikir benda susah, takut, buruk sangka. Sebab semua benda tu akan reflect dalam hidup kau.
Cuba kau ambil satu masa, kau maafkan semua orang. Jangan berdendam. Buang sifat benci dalam hidup kau. Percayalah. Kau akan rasa tenang & keadaan sekeliling akan jd baik.
Semua benda ni adalah benda yg selalu kau fikirkan.
Takut dengan Hantu.
Takut akan kegagalan.
Takut akan kemiskinan.
Takut akan rasa kesunyian.
Semua benda ni yg kau tanamkan dalam fikiran kau dan akan reflect balik dalam hidup kau.
Nak pulak sekarang ada media sosial dimana semua orang berkongsi kisah hidup dia yg best, kaya, seronok daripada kisah hidup korang. Mesti Kadang2 rasa tertinggal ke belakang kan?
Berhentilah untuk fikirkan benda-benda yg negative. Buang semua sifat takut kau tu & dekatkan diri dengan tuhan.
Slow2. Tak perlu rushing. Kau akan tengok perubahan sekeliling kau akan berubah mengikut apa yg kau fikirkan.
No comments:
Post a Comment