click here

Wednesday 6 March 2019

sorry, i'm hurting you

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan"

Semua orang pernah dengar ayat ni dan semua orang pernah rasa sakitnya berpisah. 

Sama ada perpisahan tu disebabkan mereka yang tinggalkan korang atau korang yang tinggalkan mereka. Tapi orang yang ditinggalkan merasa lagi sakit dari orang yang meninggalkan. 

Okey, kadang kita ditinggalkan disebabkan oleh sikap dan perangai kita sendiri. Aku akui aku banyak sangat sikap yang membuatkan orang cemuh dan kearah untuk 'pergi'.

Tapi kadang tu kita buat sebab kita terlampau takut untuk hilang seseorang. Contohnya, perempuan akan bersikap clingy atau mengada-ngada lebih dengan orang yang dia sayang sebab dia takut orang tu lupa akan kewujudan dia. Tambah-tambah bila pasangan dia sibuk dan kurang masa. Sebab tu, bila ayah korang balik lambat, mak korang still tunggu sampai tertido kan..

Semua perempuan ada sikap ni, tak kira la baru bercinta ke atau dan dah jadi isteri. Kadang tu orang lelaki dia tak nampak semua keanehan ni sebab dia terlampau focus pada sesuatu. Dan yang hanya dia tahu adalah "saya dah reply ws kan. Tak cukup lagi ke?" 

no guys! kami semua memang suka kalian reply ws, memang kami dah rasa diri tu disayangi pun. Tapi kami semua saja nak mengada-ngada sebab dah memang tugas seorang pasangan untuk jadi pelik. Kalau kami ni cuma biasa-biasa je, kami ni tak ada perasaan pun kat korang ye. 

Kadang tu perempuan dia cakap lapar, nak makan itu. Padahal yang dia nak tengok cuma apa respon korang je. Sama ada korang akan cakap " Haa jap sy tapaukan" (yang ni heaven la kan) kalau korang cakap " sy busy, lain kali boleh " perempuan akan merajuk. kami merajuk sebab nak orang pujuk jee. paling lama merajuk pun dalam 10 minit. Kejap tu kami cari korang balik. Sebab perempuan dengan merajuk memang tak boleh dipisahkan sama ada benda besar or benda kecik. tapi percayalah rajuk tu tak lama. Kadang tu jugak kami buat-buat merajuk sebab nak korang call. Lepas korang call, percayalah memang kami akan lupa nak makan apa tadi. Kalau tak dapat call, haa spam la dengan love banyak banyak. comfen kenyang. 

Dan kalau pasanagan korang block korang dekat ig, fb, ws, percayalah dia akan tengok 10 kali jugak ig fb tu semua walaupun dah block sebab dia cuma nak lepaskan kemarahan dia je. Tapi tak bermaksud dia benci dan tak sayang. Dia buat semua tu sebab nak korang tegur " kenapa block ig, kenapa block ws " dan jawapan dia mestilah saja block. Memang saja block sebab nak bagi hint, bahwasanya kami marah korang. Marah-marah sayang. Ok? Esok lusa unblock balik.

Sebenarnya sangat rumit jadi perempuan. 

kadang kami pentingkan diri dalam semua hal, itu salah ini salah. Yang betul cuma perasaan kami. Ya, sebagai perempuan saya akui..pentingkan diri tak bermaksud kami tak peduli. Perempuan dia lambat bertindak, kalau korang tak ada, kami boleh panjat jendela macam tu je untuk tukar langsir, tapi kalau pasangan dia ada, semua tak reti. Itu sebabnya korang kena sabar jelah tambah-tambah kalau yang jenis neurotism, neurotism ni bila dia buat sesuatu tu ikut emosional dia. Contohnya, kalau dia ingat apa yang korang cakap, dia akan buat tapi kalau dia lupa apa yang korang cakap, dia lambat sikit nak buat sebab dia fikir ala settle je pakai cara senang. 


kami ni diciptakan dari tulang yang bengkok, apa yang bengkok..bukan senang nak luruskan. Sebab DR aku cakap, perempuan adalah beban yang sangat berat. Berat dari segi jaga dia, dari segi kelakuan dia, dari segi memahami pemikiran dia. Sebab tuhan ciptakan lelaki dan perempuan berbeza. Berbeza yang senang nak jadi contoh adalah dari segi pandangan mata. Lelaki cuma nampak apa yang ada didepan mata sahaja. Sedangkan perempuan akan nampak secara panorama. Diorang tak perlu jeling pun apa yang ada disebelah sebab diorg dah boleh tengok melalui ekor mata, sedangkan lelaki kena pusingkan badan dan kepala sekali. kalau hal yang remeh dekat mata pun dah berbeza, inikan pula yang pemikiran diorang. 


Kalau korang rasa, dia beban. Dan korang rasa perempuan lain mungkin tak sebeban dia, korang silap,  sebab


 "women always be a women "


Korang carilah perempuan mana pun, perangai tetap sama. Yang berbeza adalah cara korang create them. Dan kena ingat " KEKERASAN TAK AKAN PERNAH MENANG DENGAN KELEMBUTAN" didiklah diorg dengan kata-kata yang lembut tapi tegas. Dan didiklah pasangan korang dengan ikhlas. Sebab perempuan dengan masalah tak boleh dipisahkan. Kami sendiri pun tak faham diri kami. Macam mana korang nak expert yang kami akan turut dengan mudah. Usahkan pasangan, mak ayah sendiri pun pening nak jaga anak perempuan. 


tapi korang jangan risau, kami tak berniat nak susahkan korang. Korang je rasa beban sebab korang tak tahu cara nak handle. Kami sebenarnya sangat mudah. if we need explain, just give us explaination. if we need you, just give us attention. Thats all. 


Then kalau korang rasa mak korang tak macam tu pun. 


yaaa....ask your dad. 


Before he has you, your mother is a big problem. Then after he get you. He has two problem. Dan tanpa ayah korang sedar yang mak korang berubah sebab diorg tak ada masa nak fikir lain selain nak besarkan korang. Sebab masa tu diorang lebihkan anak dari rasa meluat dengan pasangan masing-masing. 

;)


No comments:

Post a Comment

Bagi INSTAGRAM! Hampa Gempak!

Posting kali ni nak share tentang cara tukar theme instagram korang kepada sesuatu yang lain. Contohnya dibawah. Lepasni tak ada la bosan s...