click here

Sunday 3 March 2019

How to look good without makeup

Disebabkan aku ni tak pandai make-up dan tak pernah pun terasa nak guna makeup. So aku akan share macam mana aku buat untuk nampakkan kulit aku ni elok sikit daripada tak elok langsung. Haha

Dibawah ada beberapa cara yang aku buat, dan cara ni bukan aku pandai-pandai reka ye, aku search, aku google, aku try and mana yang aku rasa menjadi baru aku share dekat sini.

Cuma korang kena rajin membaca dan rajin apply dekat kulit muka korang je.

 Btw, aku tak pernah pakai segala jenis foundation pun sepanjang aku hidup. Ini bukan sembang semata-mata. Memang aku akui aku ada alergic pada foundation. Kulit aku akan gatal walaupun cuma pakai setengah jam. Tapi tipu lah kan kalau pergi kelas or pegi mana-mana tak pakai apa-apa. Sembang!. aku pakai selain daripada foundation such as bedak debu sahaja. Dan aku sorang je pakai bedak debu dan tak ada bedak lain HAHA Kesian.

Ni antara beberapa cara yang korang boleh buat untuk dapatkan kulit wajah yang berseri tanpa make-up or 'neutral beauty' bak kata owang putih.

1) Guna pelembap dengan SPF (Moisturizer with SPF )




Korang lapiskan pelembap yang padat dengan SPF dan pastikan ia bukannya foundation. Guna pelembap sangat bagus sebab ia bukan sahaja akan melindungi kulit korang tetapi ia dapat menghidratkan juga kulit. 2 in 1. So korang survey lah mana-mana produk Moisturizer yang ada SPF. Di bawah ni yang aku guna tapi jarang je aku pakai sebab tak sempat dan sebab cleaser aku dah ada campuran moisturizer so tak payah pakai yang ni dah.



2) Satu cawan vitamin c panas 

Vitamin C sangat bagus sebab ia boleh mengurangkan radikal bebas daripada tubuh korang, menjadikan kulit korang tetap sihat dan berfungsi untuk membentuk kulit yang berfungsi dengan terbaik. Ni Vitamin yang aku amalkan setiap hari satu tablets. Boleh dapatkan di farmasi dan sebagainya. Harga pun tak mahal. InsyaaAllah korang akan rasa kulit korang glowing gitu..



3) Gosok dua kali seminggu



Gunakan sama ada scrub, atau  produk pengelupasan atau dengan mencampurkan baking soda dan air atau ikut korang je nak buat scrub macam mana asalkan selamat digunakan, korang urut perlahan ke dalam kulit selama satu minit sebelum membilas dengan air sejuk dan tepuk-tepuk sikit bagi ia refreshing.


4) Jangan sentuh




Yang ni aku paling pantang. Berhenti menyentuh wajah korang dengan sia-sia sepanjang hari. Berhenti picit-picit jerawat, kutis , dan yang sama waktu dengannya. Dan berhenti mencubit  atau menarik yang ada dekat muka korang. Walaupun jerawat muncul satu je, aku biarkan je. Memang takkan sentuh langsung. Sebab tangan kita yang kotor tu boleh menyebabkan jerawat lain akan muncul lepas korang sentuh bahagian lain. so jangan buat.


itu sahaja tipsnya, semoga korang yang baca ni pun cantik dengan cara korang sendiri okey. bye!

No comments:

Post a Comment

Bagi INSTAGRAM! Hampa Gempak!

Posting kali ni nak share tentang cara tukar theme instagram korang kepada sesuatu yang lain. Contohnya dibawah. Lepasni tak ada la bosan s...