click here

Tuesday 12 March 2019

new book

Semua orang pernah mengalami masa dan waktu even saat kejatuhan dalam hidup yang sakit menyakitkan. And aku mengalami itu semua beberapa hari yang lalu. Dan sekarang aku rasa seminggu yang lepas adalah waktu yang aku buang macam tu ja. 

Sekarang jugak aku rasa setiap orang akan mengalami beberapa fasa dalam hidup mereka. Mungkin ada yang bermula dari bahagia kemudian hilang sesuatu, kemudian hidupnya terasa seperti gelap dan tiada apa-apa, bila dia bangkit kembali, dia sedar akan ada bahagia yang sedang menanti. 


Aku pernah mengalami depression yang sangat teruk sehingga pointer aku jatuh mendadak. Tapi pada masa yang sama tuhan hadirkan aku seseorang yang banyak memberi aku semangat sehingga aku bangkit dan kembalikan pointer terbaik aku semula. Tiap hari tak pernah pun lupa berdoa supaya tuhan kekalkan dia dalam hidup aku. Sebab aku mudah down dalam setiap benda yang aku rasa aku tak boleh buat. Dan orang tersebut banyak bantu aku sehingga apa sahaja yang aku buat, aku rasa aku berconfident tinggi sehingga aku lupa Tuhan boleh tarik balik seseorang hanya sekelip mata. Meskipun kau dah berdoa, kau jaga dia, kau sayang dia. Namun bila tuhan kata dia bukan untuk kau, maka bukan untuk kau. 


Aku kehilangan orang tu bila dia dah tak ada rasa untuk bagi semangat untuk aku lagi. 


SEDIH , DEPRESS, TERLUKA. 


SEMESTINYA.


Tapi aku yakin Allah nak yang terbaik untuk aku. Tuhan nak aku sedar yang aku kena belajar buat sesuatu tu sendiri. Hadirkan confident tu tanpa orang yang kau perlu. Dan aku belajar yang hidup ni perlu berdiri atas kaki aku sendiri. Tak boleh lagi bergantung pada orang lain.


Aku bangkit untuk sesuatu yang lebih penting dalam hidup aku. Iaitu kejar apa yang sepatutnya aku nak. Aku lupakan segala kekecewaan, aku lupakan segala yang buat aku jatuh, aku bangun aku buka mata luas-luas yang hidup ni bukan untuk satu perkara sahaja. 


Aku yakin aku boleh buat. Aku tak nak depression buatkan result aku teruk lagi dan lagi. So, aku akan makan banyak-banyak haha tak lah. Aku ada target dalam hidup aku. Yang ingin stay, stay saja. Yang tidak mahu, aku anggap sahaja tiada yang kekal didunia ini. I WILL BE BETTER SOON.





No comments:

Post a Comment

Bagi INSTAGRAM! Hampa Gempak!

Posting kali ni nak share tentang cara tukar theme instagram korang kepada sesuatu yang lain. Contohnya dibawah. Lepasni tak ada la bosan s...